Selangor lancar geran padanan digital PKS RM5 juta

Peruntukan tersebut menunjukkan langkah pendigitalan agresif yang dilaksanakan oleh Selangor untuk muncul sebagai hab digital Asia Tenggara.
Peruntukan tersebut menunjukkan langkah pendigitalan agresif yang dilaksanakan oleh Selangor untuk muncul sebagai hab digital Asia Tenggara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM5 juta untuk Geran Padanan Digital PKS untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini mendigitalkan perniagaan mereka.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), yang merupakan sekretariat geran padanan itu melalui kenyataan berkata, program ini akan memberi manfaat kepada 1,000 PKS.

"Kerajaan negeri memperuntukkan 50 peratus geran padanan atau maksimum RM5,000 kepada PKS di negeri Selangor untuk melanggan perkhidmatan digital dalam lima bidang digitalisasi yang ditawarkan iaitu e-dagang, sistem sumber manusia, sistem akaun, pemasaran digital, sistem Electronic Point of Sale (E-PoS) dan gerbang pembayaran," katanya pada Rabu.

Penyedia penyelesaian digital turut dipelawa untuk mendaftar sebagai Penyedia Perkhidmatan Digital, menurut SIDEC, sambil menambah tarikh tutup permohonan adalah 5 April.

Sejak penularan pandemik Covid-19, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM12 juta untuk menggalakkan proses digitalisasi PKS dan e-dagang di Selangor melalui Invest Selangor dan SIDEC.

“Peruntukan tersebut menunjukkan langkah pendigitalan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk muncul sebagai hab digital Asia Tenggara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!