Imigresen tahan 18 PATI, Myanmar, di, Langkawi

Tiga wanita warga Myanmar antara yang ditahan dalam satu Operasi Sapu di Bukit Malut, Langkawi pada pagi Rabu.
Tiga wanita warga Myanmar antara yang ditahan dalam satu Operasi Sapu di Bukit Malut, Langkawi pada pagi Rabu.
A
A
A

LANGKAWI - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Sapu di Bukit Malut dekat sini pada Rabu.

Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi yang bermula jam 12.40 malam sehingga jam 3.30 pagi itu melibatkan 25 pegawai imigresen.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan adalah warga Myanmar yang terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita berumur antara 16 sehingga 38 tahun.

"Semasa pemeriksaan, PATI cuba meloloskan diri melalui pintu belakang dengan terjun ke laut dan ada juga yang bersembunyi di kawasan belukar, namun usaha mereka gagal apabila pegawai Imigresen mengepung kawasan rumah berkenaan," katanya.

Zuhair berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana gagal mengemukakan pas yang sah untuk tinggal di negara ini.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Klinik Kesihatan Kuah Langkawi untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum dibawa ke lokap Imigresen Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik," katanya.

Katanya, sebanyak 32 rumah diperiksa dalam operasi berkenaan.

"Operasi seumpama ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa sehingga tertangkapnya dalang yang membawa masuk PATI berkenaan ke Langkawi.

Artikel Berkaitan:

"Pada kali ini operasi tertumpu di kawasan rumah atas air perkampungan Bukit Malut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!