Muhyiddin selesai terima dos kedua Covid-19

Muhyiddin menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, pada Rabu.
Muhyiddin menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 18, di sini pada Rabu.

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari lepas.

Muhyiddin tiba di klinik itu kira-kira 3 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera sebelum dibawa ke bilik vaksinasi untuk pendaftaran dan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas menerima suntikan, Muhyiddin mengemas kini aplikasi MySejahtera untuk menunjukkan beliau telah melengkapi dos pengambilan vaksin Covid- 19.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!