Covid-19: Abdul Hamid akui berlaku ‘communication breakdown’

Abdul Hamid - FOTO ROSLI TALIB
Abdul Hamid - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui berlaku 'communication breakdown' sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, ia kerana seramai 46,000 pegawai polis pada setiap hari telah dikerahkan dengan tugasan mereka.

“Arahan datang daripada Bukit Aman dan akan dibentuk selepas kita mendapat arahan daripada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara apabila dasar diputuskan.

“Bukit Aman akan menghantar arahan kepada ketua-ketua polis dan pesuruhjaya polis di bawah dan komander-komander yang terlibat. Jadi 'a long the line', ada berlaku satu dua (communication breakdown) tetapi saya cepat-cepat minta mereka perbetulkan,” katanya.

Abdul Hamid turut mengulas mengenai justifikasi pengisytiharan darurat oleh kerajaan sebelum ini.

“Kami berdepan dengan ancaman penyebaran Covid-19 yang tidak dapat dikawal. Pada waktu yang sama, ada pihak satu lagi hendak terus menumbangkan institusi kerajaan. Itu tak apalah, hak dia.

“Tapi kami fokus, kami perlukan sesuatu kuasa yang lebih misalnya kami berikan pandangan sewaktu mesyuarat (Majlis Keselamatan Negara) bahawa terdapat banyak kes-kes di mana orang yang telah dikompaun RM1,000 mengulangi kesalahan itu seolah-olah RM1,000 itu tidak ada apa-apa.

“Pada waktu yang sama pula penyebaran berita-berita separuh masak atau berita palsu bagi menimbulkan rasa takut orang ramai. Itu sebabnya apabila dibincang, dirumuskan perlukan darurat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, disebabkan itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tentera senada dalam hal pengisytiharan darurat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!