Orang cuba cari salah saya: Ismail Izzani
PENYANYI, Ismail Izzani berpesan kepada rakan artis supaya bijak dalam memilih kawan.
Menurutnya, kehidupan sebagai anak seni ada sahaja yang cuba mencari kesalahan mereka.
"Saya sudah melalui fasa itu dan saya tak tahu macam mana pula di masa depan nanti. Tak tahu apa lagi yang orang cuba cari kesalahan saya.
"Justeru, kepada rakan artis mereka perlu berhati-hati dalam memilih kawan dan mempercayai orang sekeliling.
"Dulu saya tak matang dan dalam pemikiran saya pergi ke kelab malam itu sahajalah caranya untuk berseronok.
"Sekarang ini saya sedar ada banyak cara lain seperti melancong ataupun bersukan," akuinya sebagaimana laporan mStar Online.
Mengenai karier nyanyian, Ismail kini dalam proses menyiapkan album sulung yang dijangka berada di pasaran pada September depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!