Tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan Satu, Empat Sekolah Khusus 6 April

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus untuk tahun 2021 adalah pada 6 April depan.

KPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, pihaknya telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan pelajar ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021.

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

Menurut KPM, semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) boleh dibuat pada 19 dan 23 Mac.

Tarikh semakan bagi Tingkatan Satu ke SBP dan SMKA adalah pada 19 Mac ini diikuti Tingkatan Empat SBP, SMKA dan SMT serta Tahun Satu SVM KV pada 23 Mac, manakala tarikh semakan temu duga bagi kemasukan ke Tingkatan Empat MTD pula pada 23 Mac.

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan https//:spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat, manakala tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!