Gadis berusia 16 tahun pula ditembak mati

Ma Thida Aye disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Singu.
Ma Thida Aye disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Singu.
A
A
A

YANGON - Seorang remaja perempuan menjadi mangsa terbaharu di tengah-tengah ketegangan konflik politik di Myanmar.

Media tempatan melaporkan, Ma Thida Aye ditembak mati ketika berada di dalam rumah keluarganya di Chaunggyi di pinggir bandar Mandalay pada Isnin.

Menurut bapa mangsa, anaknya terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh penembak tepat dari arah sebuah bukit yang terletak kira-kira 300 meter (m) dari rumah mereka.

Tambahnya, seorang lagi rakan anaknya cedera di jari dan telah dikejarkan ke Hospital Shwebo untuk rawatan.

Difahamkan, perkampungan Chaunggyi terletak di antara Singu dan Thabeikkyin menjadi lokasi perhimpunan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa yang menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi.

Pada Isnin lalu, pasukan keselamatan menyerbu kawasan itu dan melepaskan peluru hidup bagi menyuraikan tunjuk perasaan menyebabkan seorang wanita cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 10 individu termasuk dua anggota polis menjadi penjawat awam pertama dijatuhi hukuman penjara kerana terbabit dengan gerakan penentangan awam (CDM) terhadap junta.

Dua anggota polis terbabit yang juga pasangan adik-beradik, Ko Tara Linn dan Ko Thurein masing-masing dijatuhi hukuman setahun penjara kerana menghasut di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Sementara pesalah lain dikenakan hukuman satu hingga tiga bulan penjara.

Tunjuk perasaan anti rampasan kuasa di Myanmar yang tercetus sejak 1 Februari lalu telah meragut hampir 200 nyawa.

Dalam kebanyakan kes kematian, pihak junta menafikan menggunakan kekerasan melampau dan peluru hidup dalam menyuraikan demonstrasi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!