Turki tahan tiga suspek susulan apartmen runtuh di Kartal
ISTANBUL - TURKI. Pihak berkuasa Turki hari ini menahan tiga suspek susulan kejadian apartmen lapan tingkat runtuh yang meragut 21 nyawa dekat sini, lapor media tempatan.
Media Turki sebelum ini melaporkan tiga daripada lapan tingkat bangunan tersebut yang terletak di daerah Kartal di bahagian Asia bandar itu dibina secara haram.
Kesemua yang ditahan dikenal pasti sebagai pegawai projek Suzan Cayir, penyelia teknikal bangunan Ugur Misirliogli dan pemeriksa bangunan Arzu Keles Boran.
Mereka didakwa atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!