Baddrol pacu KDA FC benam PJ City FC

Baddrol meraikan golnya bersama pemain-pemain KDA FC di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC
Baddrol meraikan golnya bersama pemain-pemain KDA FC di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC
A
A
A
KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PJ City FC 3-1 pada aksi keempat Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Pelawat yang turun dengan semangat dan disiplin tinggi berjaya mengimbangi serangan tuan rumah beberapa kali.

Namun, pelawat terlebih dahulu berada di hadapan 1-0 pada minit ke-39 hasil jaringan penalti oleh M Kogileswaran.

Pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Sallih menghadiah sepakan penalti kepada PJ City FC selepas C Sunil dijatuhkan oleh Fandi Othman di dalam kotak penalti ketika pelawat melakukan serangan balas pantas.

Bagaimanapun ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar berjaya mengikat kedudukan semasa 1-1 selepas berjaya menanduk masuk hantaran Rabih Ataya melalui hasil sepakan sudut pada minit ke-47.

Gol tersebut berjaya meningkatkan motivasi Hijau Kuning dan mereka berjaya berada di hadapan 2-1 melalui Kpah Sherman pada minit ke-51 selepas memanfaatkan sepakan percuma Baddrol.

Tuan rumah terus menambah derita PJ CIty FC untuk kedudukan 3-1 apabila Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin berjaya menanduk masuk gol hantaran Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-84 dan keputusan tersebut kekal hingga ke wisel penamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!