Pasar tani TTDI Jaya Shah Alam
17 Mac 2021 11:45pm
Masa membaca: 4 minit
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Selangor, Abdul Rashid Bahri (tengah) beramah mesra dengan pengunjung ketika membuat lawatan sempena pembukaan pasar tani di TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam hari ini.
Suasana hari pertama pembukaan pasar tani di TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam hari ini.
Kelihatan peniaga gerai ikan Aiman Fikri Kamil,17, mengamal norma baharu dengan memakai pelitup muka semasa membuat persediaan ketika tinjauan hari pertama pembukaan pasar tani di TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam hari ini.
Kelihatan peniaga mengamal norma baharu dengan memakai pelitup muka semasa membuat penyediaan makanan pada hari pertama pembukaan pasar tani di TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam hari ini.
Para peniaga disyaratkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengamalkan norma baharu di pasar tersebut.
Semalam kerajaan telah mengumumkan kebenaran bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih beroperasi dengan SOP yang ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.