Lelaki didakwa khianat rumah jiran

Tertuduh, Syahrulnizam Baharom, mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan khianat ke atas rumah jirannya yang menyebabkan kerugian RM100.
Tertuduh, Syahrulnizam Baharom, mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan khianat ke atas rumah jirannya yang menyebabkan kerugian RM100.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan khianat ke atas rumah jirannya yang menyebabkan kerugian RM100.

Tertuduh, Syahrulnizam Baharom, 40, dari Gong Badak, Kuala Nerus, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat yang menyebabkan kerugian terhadap jirannya, Rosnani Mohamad @ Dagang, 40, iaitu RM100.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus, jam 11.10 malam, pada 8 Februari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Sejurus pengakuan tidak salah direkodkan, mahkamah menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh turut dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!