Kuantan Art Street
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (kiri) diberi penerangan ringkas oleh seorang pelukis Mohd Amer Farouk, 31, mengenai satu lukisan mural yang dihasilkannya pada dinding bangunan semasa melakukan tinjauan di Kuantan Art Street malam tadi.
Lorong belakang barisan kedai lama di antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang sebelum ini kelam dan suram kini bertukar lebih ceria dengan hiasan lukisan mural memaparkan kisah rakyat dan identiti negeri selain dihiasi lampu bagi menghidupkan suasana waktu malam seterusnya menjadi tempat tarikan baharu Bandaraya Kuantan. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!