Diego Forlan ambil alih Atena Uruguay

Diego Forlan - Foto FIFA.COM
Diego Forlan - Foto FIFA.COM
A
A
A

BEKAS penyerang Manchester United, Inter Milan, dan Atletico Madrid, Diego Forlan dilantik sebagai ketua jurulatih kelab divisyen dua, Uruguay Atenas SAD, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pemain berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Penarol dari Disember 2019 hingga Ogos tahun lalu.

"Hello Diego, kami menantimu," kata Atenas dalam catatan media sosial, tanpa mendedahkan perincian kontrak.

Forlan menerusi reaksi balas kepada 5.1 juta pengikut Twitternya berkata, “Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada projek ini. Banyak yang perlu dilakukan. Ayuh, Atenas SAD."

Bekas pemain antarabangsa Uruguay itu pernah muncul 112 kali bersama Celeste, bersara pada 2018 setelah lebih dua dekad menjadi pemain profesional.

Pernah merangkul anugerah pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, ketika Uruguay mara ke separuh akhir. Beliau juga merupakan pemain utama pasukan Celeste yang menjuarai Copa America 2011 di Argentina. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!