Bielsa sahkan Bamford boleh beraksi

Bamford
Bamford
A
A
A

PENGENDALI Leeds United, Marcelo Bielsa mengesahkan Patrick Bamford akan beraksi bagi berdepan Fulham di Craven Cottage pada awal pagi Sabtu.

Menurut Bielsa, Bamford telah pulih daripada kecederaan yang dialaminya dan bersedia untuk diturunkan bagi membantu The Whites.

“Bagi saya, dia telah bersedia untuk diturunkan pada perlawanan ini nanti.

“Walaupun kita tahu, kecederaan yang dialaminya agak menyakitkan, tetapi saya tidak fikir ia akan membuatkan Bamford untuk terlepas peluang beraksi.

“Dia telah pulih dan cergas untuk diturunkan nanti,” katanya.

Leeds yang kini berada pada kedudukan ke-12 EPL dengan 36 mata perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan berkenaan untuk berada pada kedudukan lebih baik manakala Fulham yang berada pada kedudukan ke-18 EPL dengan 26 mata, turut memerlukan kemenangan untuk mengelak terjerumus ke zon penyingkiran.

Sementara itu, Bielsa turut berharap agar kesebelasan pemain yang bakal diturunkan mampu beraksi baik berikutan masalah kecederaan beberapa pemain utama ketika ini.

“Untuk pengetahuan Cooper dan Davis mengalami masalah kesihatan manakala Rodrigo pula mengalami kecederaan otot.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun berdasarkan kepada laporan perubatan, kecederaan kesemua pemain ini tidaklah begitu serius dan mereka dijangka pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!