Jumlah denda langgar SOP tular di WhatsApp tidak tepat: KKM
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan berkenaan jumlah denda bagi lima situasi ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa pada 16 Mac, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.
KKM menjelaskan terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dalam kandungan aplikasi WhatsApp terbabit.
Justeru, KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 2 petang Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!