Tempoh lelongan Equanimity berakhir hari ini
Memetik laporan The Malaysian Insight, Mahkamat Tinggi Malaya akan mendedahkan harga bidaan tertinggi dan mengumumkan pemenangnya kelak.
Sebelum ini, peguam 1MDB berkata, pembida perlu meletakkan deposit RM4.18 juta (AS$1 juta) bermakna bukan sembarangan individu boleh membidanya.
Kapal layar tersebut dirampas kerajaan pada 7 Ogos lepas dan mula dilelongkan sejak 28 Oktober dalam usaha kerajaan mengembalikan wang 1MDB.
Buat masa ini, kapal tersebut berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi.
Pemilikan kapal tersebut sebelum ini dituntut Equanimity Cayman Ltd yang mendakwa rampasan oleh kerajaan Malaysia melanggar keputusan mahkamah Indonesia dan mahkamah Amerika Syarikat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!