'Biar polis siasat, dakwa sindiket bitcoin'

Mahdzir (tengah) bersama penerima Program Ceria Ke Sekolah TNB di Hotel Grand Makmur, pada Khamis.
Mahdzir (tengah) bersama penerima Program Ceria Ke Sekolah TNB di Hotel Grand Makmur, pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan dan mendakwa ahli sindiket perlombongan bitcoin di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, TNB tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan dan mendakwa sebaliknya hanya menjalankan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik sahaja.

"Bagaimanapun, pihak TNB sentiasa bekerjasama dengan PDRM menangani kegiatan sindiket berkenaan. Jadi untuk tindakan lanjut, kita serah sepenuhnya kepada PDRM untuk menyiasat dan mendakwa kumpulan (sindiket) melombong Bitcoin ini.

"Kita tahu kegiatan ini mengakibatkan kerugian besar kepada TNB dan kita harap dapat menangani kegiatan kumpulan ini bersama," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Ceria Ke Sekolah TNB di Hotel Grand Makmur pada Khamis.

Seramai 2,200 pelajar sekolah rendah di seluruh negeri menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM220,000.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin serta Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.

Ketika ditanya mengenai jumlah kerugian direkodkan TNB akibat kegiatan perlombongan Bitcoin secara haram, Mahdzir berkata, jumlah sebenar agak besar tetapi belum ada data khusus.

"Jumlah keseluruhan (kerugian) akibat Bitcoin saya tidak ada data (maklumat), tapi kalau di Pahang, TNB Pahang telah merekodkan kerugian berjumlah RM5.5 juta sejak tahun 2018 hingga tahun lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!