Beli sendiri vaksin: Sarawak tulis surat kepada kerajaan Persekutuan

Amar Douglas Uggah Embas
Amar Douglas Uggah Embas
A
A
A

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak telah menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan mengenai hasratnya membeli sendiri vaksin Covid-19 untuk negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Khamis.

“Saya telah menghantar surat kepada Khairy... saya memberitahu beliau bahawa Sarawak memang berhasrat untuk membeli vaksin.

“(Pembelian vaksin itu akan dibuat) sekiranya vaksin yang dibekalkan kerajaan Persekutuan tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai pada Ogos depan,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di sini pada Khamis.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi dari mana-mana negeri untuk pembelian vaksin Covid-19.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mempunyai masalah jika kerajaan negeri bercadang membeli vaksin sendiri dan boleh memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri untuk berbuat demikian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!