Peniaga kedai runcit mengaku tidak salah cabul jururawat

Mohd Ridi ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk pertuduhan kes cabul pada Jumaat.
Mohd Ridi ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk pertuduhan kes cabul pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang peniaga kedai runcit mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mencabul seorang jururawat pada 8 Mac lalu lalu.

Tertuduh, Mohd Ridi, 55 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Ridi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jururawat wanita berusia 24 tahun di wad Covid-19, Wad 3B, Hospital Kepala Batas, kira-kira jam 11.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma’ ‘Amira Shahidani, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!