Pengunjung cemas jambatan gantung di pusat rekreasi putus

Pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari Jumaat. - Foto: Ihsan pembaca
Pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari Jumaat. - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 10 pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini berdepan detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika kejadian kawasan tersebut dipenuhi pengunjung yang datang ke pusat rekreasi itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati jambatan gantung tersebut masih dalam pembinaan dan pihak pengurusan telah meletakkan notis amaran melarang pengunjung untuk menaikinya.

"Namun masih ada pengunjung yang naik jambatan gantung itu. Ketika kejadian lebih 10 pengunjung berada di atas jambatan gantung itu ketika ia putus kira-kira 1.30 tengah hari," katanya ketika dihubungi, di sini pada Jumaat.

Ahmad berkata, mereka yang terlibat dalam insiden tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.

"Polis masih mengumpul maklumat jumlah sebenar mereka yang terlibat dalam insiden itu serta jenis kecederaan yang dialami. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!