Tekong bot terjun laut elak kena cekup

Sebahagian PATI yang ditahan dalam Op Benteng Covid kira-kira 10 batu naurtika dari Pantai Tanjong Karang.
Sebahagian PATI yang ditahan dalam Op Benteng Covid kira-kira 10 batu naurtika dari Pantai Tanjong Karang.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang tekong sanggup terjun ke laut meninggalkan tongkang yang membawa 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta tiga kru bagi mengelak ditahan pihak berkuasa pada Khamis.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, tekong warga Indonesia berusia 40-an bertindak demikian selepas bot yang dinaiki mereka ditahan kira-kira 10 batu nautika dari Pantai Tanjong Karang.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, sehingga kini tekong terbabit masih belum ditemui.

"Kami tidak dapat mengesahkan sama ada suspek lemas atau berenang menyelamatkan diri kerana pada waktu kejadian keadaan cuaca gelap menyukarkan pasukan mencari tekong tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Rosman berkata, aktiviti bot itu dikesan semasa menjalankan Op Benteng Covid menggunakan bot ronda PSC 39.

"Operasi turut dibantu bot ronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot Penggalang 41 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya.

Beliau berkata, pasukan serbuan kemudian menuju ke lokasi dan menahan bot tersebut.

"Seramai 24 lelaki dan 27 perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga 45 tahun ditahan dalam operasi berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua yang ditahan dibawa Ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 manakala penumpang ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Kami turut merampas tongkang dinaiki mereka dengan nilai rampasan sebanyak RM10, 000," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!