Single atau taken: Syed Saddiq akhirnya buka mulut...
SHAH ALAM - Teka-teki siapa teman wanita Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab dalam program iG Live Sinar pada Khamis.
Soalan itu diajukan pengacara iG Live, Nazihah Khan kepada Syed Saddiq ketika program bual bicara berjudul Kompaun: Didik Atau Hukum Rakyat?
Terdahulu, Syed Saddiq dalam segmen Seminit Bersama yang disiarkan di TikTok Sinar Harian apabila ditanya sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudah berpunya atau belum menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Berpeluang bertemu secara maya dengan Syed Saddiq, Nazihah bertanyakan kembali kepada beliau, adakah seseorang sedang bertakhta di hati Syed Saddiq kerana jawapan yang diberikan adalah 'tengah', bukannya 'single' mahupun 'taken' yang dijadikan pilihan kepada soalan itu.
Tidak melatah dan hanya tersenyum apabila soalan itu kembali diajukan, Syed Saddiq kemudian akui, tumpuan kini lebih kepada tanggungjawab yang tergalas di bahunya sebagai wakil rakyat sambil menyifatkan kawasan Parlimennya kini adalah teman wanitanya.
"... kalau ada girlfriend, girlfriend saya adalah Muar kerana Muar yang saya akan menghadap setiap minggu dan setiap hari," itu jawapan diberikan pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu.
"Sebagai salah seorang yang dipilih oleh rakyat, untuk fokus berkhidmat... saya yakin apa yang rakyat mahu lihat berkenaan prestasi saya adalah bagaimana saya boleh berkhidmat untuk mereka. Mereka tidak mahu media ambil tahu mengenai kisah peribadi saya seperti 'dating' dengan siapa," jelasnya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Zikir pelik di kubur: Jawi selesai ambil keterangan individu terlibat
01 Januari 2025 01:26pmDua lelaki diberkas kes bunuh wanita di hotel bajet
01 Januari 2025 01:17pmPengarah urusan direman, kes rasuah pingat Datuk Seri RM375,000
01 Januari 2025 12:51pmJurugambar sambilan maut, kereta rempuh pokok
01 Januari 2025 12:44pmPeserta himpunan solidariti bersama Najib diingat usah cetus provokasi - Polis
01 Januari 2025 12:41pm'Kamu siapa nak arahkan UMNO?' - Dr Akmal Saleh
31 Disember 2024 04:42pmPelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
31 Disember 2024 06:10pmWanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
01 Januari 2025 01:10amHaniff Khatri saman kerajaan, Menteri Kesihatan isu larangan merokok di pejabat swasta
01 Januari 2025 12:06amTerlerai sudah kasih
01 Januari 2025 09:10am