Penyokong Kedah teruja dapat kembali ke stadium

Gambar kehadiran penyokong Kedah di Stadium Darul Aman pada Januari 2020. - Foto FA Kedah
Gambar kehadiran penyokong Kedah di Stadium Darul Aman pada Januari 2020. - Foto FA Kedah
A
A
A

KEBENARAN penyokong bola sepak untuk hadir ke stadium bermula April sangat dinanti-nantikan pencinta sukan tersebut selepas hanya menonton perlawanan di kaca televisyen ataupun melalui siaran langsung dalam talian sejak setahun lalu.

Jurucakap kelab penyokong Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM), Mohd Safarizal Mohd Sobri yang mewakili 25 kelab penyokong Kedah berkata, pihaknya menghargai kebenaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, kebenaran tersebut sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan penyokong setia walaupun kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan membabitkan kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

"Di Stadium Darul Aman, sekurang-kurangnya 8,000 penyokong Kedah berpeluang menjejakkan kaki ke stadium selepas satu tahun kerana Kedah di bawah PKPP.

"Ini berita yang sangat lama dinantikan-nantikan. Kepada penyokong-penyokong yang bertuah dapat memasuki stadium diharapkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diketatkan dan tidak melanggarnya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Safarizal berkata, penyokong perlu memanfaatkan peluang ini dan mengelakkan sebarang pelanggaran SOP agar kebenaran tersebut tidak akan ditarik kembali oleh MKN dan KKM jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan KKM untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium menerusi SOP ketat.

Kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status PKPB hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.

Artikel Berkaitan:

Bagi negeri berstatus PKPP pula, penonton lebih ramai dibenarkan iaitu 25 peratus kapasiti stadium dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton.

Dua perlawanan dalam Liga Malaysia akan dibenarkan dulu sebagai percubaan untuk menilai keberkesanan protokol penonton membabitkan aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Melaka F pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton dibenar masuk stadium mulai 1 April

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!