Ajinomoto selesaikan isu sosial melalui inisiatif ASV
KUMPULAN Ajinomoto merealisasikan kesejahteraan bagi orang ramai di seluruh dunia dalam usaha mereka untuk menyumbang kepada 'Eat Well, Live Well' melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).
Inisiatif ini berkait rapat dengan perkembangan dan pembentukan nilai ekonomi yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu sosial seperti kelestarian sedunia, sumber makanan dan kehidupan sihat bersama keistimewaan perniagaan Kumpulan Ajinomoto yang unik.
Model Pembentukan Nilai ASV
Sebahagian dari inisiatif ASV untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, Ajinomoto Co., Inc. (Ajinomoto Co.) telah memulakan Victory Project pada tahun 2003.
Syarikat Ajinomoto juga memberi sokongan terhadap para atlet terkemuka di Jepun melalui siri program nutrisi sukan, termasuklah pengenalan ‘Winning Meal’ Kachimeshi.
Kumpulan Ajinomoto telah meluaskan inisiatif mereka ke negara-negara ASEAN yang lain, termasuk Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) di bawah ASEAN Victory Project.
Di Malaysia, penglibatan AMB dalam bidang sukan bermula dengan Tajaan Platinum oleh Ajinomoto Co. semasa Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.
Sumbangan AMB terhadap aktiviti sukan diteruskan dengan kolaborasi bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam program pendidikan iaitu Projek Kesedaran Nutrisi Sukan.
Matlamat projek tersebut adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet pelajar mengenai kepentingan nutrisi dalam prestasi sukan melalui siri program pendidikan dan kesedaran, antaranya ceramah pendidikan oleh pakar nutrisi, hidangan set makan tengah hari yang seimbang serta menyediakan koridor nutrisi sukan.
Antara mesej penting yang ingin disampaikan oleh projek ini adalah untuk mendidik para atlet pelajar tentang objektif pemakanan sihat serta memupuk tabiat pengambilan diet yang seimbang dalam kalangan mereka. Projek ini memberi faedah kepada lebih kurang 400 atlet pelajar.
Pada tahun 2020, AMB meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan kepada lebih ramai orang, khususnya individu yang aktif, dengan memperkenalkan aminoVITAL iaitu minuman sukan berperisa jeli epal yang merupakan Jenama No.1 di Jepun.
Minuman ini dipercayai oleh para atlet serta orang ramai yang terlibat dalam bidang sukan selama lebih dari sedekad.
Minuman ini mengandungi 3,000mg asid amino, khususnya Rantaian Asid Amino Bercabang (BCAA) yang menyediakan tenaga secukupnya bagi atlet sukan ketahanan seperti pelumba lari, penunggang basikal, triatlet, perenang, pendaki dan sebagainya.
Kini, para pengguna boleh mendapatkan aminoVITAL dengan mudah melalui platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
ASV merupakan simbol komitmen kekal Kumpulan Ajinomoto. Bersama dengan pihak berkepentingan dan perniagaan, kami akan terus menyumbang kepada kesejahteraan orang ramai di seluruh dunia dengan menunjukkan kebaikan sebenar asid amino bagi menyelesaikan isu-isu makanan dan kesihatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!