Kisah rider OKU sesat dapat perhatian vlogger antarabangsa

Rizuam (kanan) ketika rakaman video dan temubual oleh vlogger antarabangsa di medan selera sebuah pasar raya di Kuala Terengganu pada Jumaat.
Rizuam (kanan) ketika rakaman video dan temubual oleh vlogger antarabangsa di medan selera sebuah pasar raya di Kuala Terengganu pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kisah penghantar makanan orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak menerima sumbangan wang tunai RM5,000 setelah 'tersesat' ketika mencari rumah pelanggan dan gagal berhubung melalui panggilan suara mendapat liputan vlogger antarabangsa.

Rizuam Abd Karim, 31 yang bekerja di syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, GrabFood ditemubual tiga wakil Nas Daily pada Jumaat.

Rakannya, Mohammad Asyraf Anuar, 24, berkata, wakil media dari Perancis itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua hari lalu sebelum tiba di Terengganu pada Khamis.

"Proses rakaman dan temubual bermula jam 10 pagi pada Jumaat dan saya bertindak sebagai penterjemah kerana Rizuam tidak boleh mendengar dan bertutur," katanya.

Kisah Rizuam menjadi tular selepas penceramah dan penulis buku dakwah, Norli Madlan, 44, berkongsi di media sosial menceritakan pengalaman pertama menggunakan khidmat Rizuam untuk menghantar makanan.

Rizuam
Rizuam

Menerusi perkongsian itu, Norli atau nama penanya Bonda Nor tersentuh melihat kegigihan Rizuam mencari rumahnya untuk menghantar yong tau fu dalam keadaan sukar untuk berkomunikasi melalui panggilan telefon.

Mengimbau pengalaman itu, katanya, dia telah membuat tempahan yong tau fu sebagai juadah berbuka puasa namun tempahan itu tidak tiba sehingga waktu Maghrib.

Artikel Berkaitan:

Norli mengambil keputusan menelefon Rizuam, panggilan diangkat, namun, tiada suara.

Norli turut menerima panggilan daripada Rizuam dan apabila mengangkat telefon tiada kedengaran suara.

"Saya geram juga kerana pelik dengan tindakannya," katanya.

Akhirnya, Norli terdetik hati membuka aplikasi Grab dan terkejut melihat puluhan mesej diterima daripada Rizuam malah pemuda itu turut memberitahu dia mempunyai kekurangan (OKU) pendengaran dan bisu.

Sebagai menghargai ketabahan Rizuam, Bonda Nor menerusi Akademi Bonda Nor dan speaker Ekspres-i menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada rider terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN Rezeki penghantar makanan OKU terima RM5,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!