Rasuah: Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman

889618
889618
A
A
A

KANGAR - Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar pada Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang, pada Jumaat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!