Hadi Fayyadh terlepas aksi sulung

Hadi Fayyadh dipinjamkan ke Azul Claro Numazu selama semusim.
Hadi Fayyadh dipinjamkan ke Azul Claro Numazu selama semusim.
A
A
A

PENYERANG muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak terlepas peluang membuat penampilan sulung bersama kelab baharunya, Azul Claro Numazu dalam pertemuan menentang Imabari FC pada Sabtu.

Hadi Fayyadh yang dipinjamkan ke Azul Claro Numazu daripada kelab Divisyen 2 Liga Jepun, Fagiano Okayama dilaporkan mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu mampu menarik nafas lega kerana kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius walaupun dia perlu diketepikan seketika untuk menjalani proses pemulihan.

"Saya agak sedih kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan pada aksi pertama hari ini kerana saya mengalami sedikit kecederaan di kaki yang memaksa saya untuk menjalani proses pemulihan selama beberapa minggu.

"Kecederaan ini berlaku ketika saya menjalani latihan bersama pasukan. Tetapi kecederaan ini tidak berapa serius dan cuma memerlukan sedikit masa untuk pulih semula.

"Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan pasukan ini. InsyaAllah, saya akan kembali dengan semangat yang lebih kuat," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan Yakult Malaysia.

Terdahulu, Hadi Fayyadh dipinjamkan ke kelab Divisyen 3 Liga Jepun itu dalam tempoh semusim bagi membolehkan dia mendapat lebih banyak minit permainan selain menimba pengalaman baharu.

Hasil inisiatif Yakult Malaysia, bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyertai Fagiano Okayama sejak Disember 2018, sekali gus menyaksikan dia muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang beraksi di pentas liga profesional di Jepun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!