MP Batu beri penerangan kepentingan suntikan vaksin

Prabakaran (kiri) memberikan penerangan kepada rakyat kepentingan suntikan vaksin Covid-19.
Prabakaran (kiri) memberikan penerangan kepada rakyat kepentingan suntikan vaksin Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Parlimen Batu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menubuhkan 'Task Force Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19' bagi membantu kerajaan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai kepentingan pengambilan suntikan vaksin.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, satu kaji selidik mengenai suntikan vaksin telah dibuat bagi mendapatkan maklum balas masyarakat.

Pada peringkat permulaan, katanya, seramai 79 responden terlibat dalam kajian tersebut melibatkan penduduk sekitar Pangsapuri Negeri Sembilan, Sentul pada Sabtu.

"Hasil kaji selidik yang berlangsung lebih satu jam ini menunjukkan rata-rata rakyat tidak mempunyai kesedaran dan tidak memahami kepentingan penerimaan vaksin ini.

"Hanya 25 peratus daripada 79 orang yang kami temu bual telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksin. Seramai 20 peratus tidak mengambil kisah dan 50 peratus takut atau risau akan kesan sampingan atau pun mempunyai masalah kesihatan lain.

"Lima peratus lagi tidak memberikan jawapan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pengaruh negatif daripada media sosial antara punca kebanyakan mereka tidak mendaftar sebagai penerima vaksin.

"Kerajaan tidak efektif untuk mempengaruhi rakyat memahami kepentingan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"AMK Wilayah Persekutuan akan terus melakukan kaji selidik dan memberi kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kita juga akan mendapatkan data yang lebih terperinci dalam masa terdekat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!