Si Irfan Simatupang

No Image Caption
A
A
A

BELALANG mengenali seorang pemandu pelancong yang bernama Irfan Simatupang.

Dia adalah pemandu pelancong di Pulau Lombok. Lombok hanya bersebelahan dengan Pulau Bali. Dari Lombok kita boleh menyaksikan Gunung Agung di Pulau Bali dengan jelas.

Pada waktu gunung itu aktif, kita dapat melihat wap lava berkepul-kepul keluar dari muncung kawahnya dari Pulau Lombok.

Kembali kepada Si Irfan ni, dia adalah seorang yang sentiasa ceria.

Setiap kali dia ditanya apa juga soalan, kita akan menerima jawapan spontan “Iya...aman!”Maknanya, dia bisa membereskan apa saja permintaan kita tanpa masalah.

Namun, baru-baru ini dia berdepan dengan masalah. Masalahnya ialah dia tidak lagi menerima panggilan daripada para pelanggannya.

Sudah lebih setahun dia ke sana ke mari tanpa haluan dan tujuan. Dia menanti panggilan yang tidak kunjung tiba.

Ternyata pandemik Covid-19 mencengkam bisnes dia dan mereka yang seangkatan dengannya.

Artikel Berkaitan:

Irfan kemurungan. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang pemandu pelancong yang berjaya di negeri dia iaitu Pulau Lombok.

Dia telah berusaha dari bawah tanpa lelah dan putus asa.

Dia menggunakan pengetahuan mengenai Pulau Lombok untuk membawa para pelanggan ke serata destinasi pelancongan di pulau tersebut.

Dia juga sering kali membawa pelanggan-pelanggannya pergi memancing di sekitar pulau itu.

Tapi kini Belalang jatuh kesian kepadanya kerana bisnes dia hampir lingkup.

Maka Belalang pun bertanyakan khabarnya.

“Hello Irfan, gimana kamu?”

Dia jawab: “Aman-aman saja bang walaupun hakikatnya tidak lagi aman.”“Fan, apa kamu masih lagi menguruskan para wisata (pelancong) ke Pulau Lombok?”“Iya bang! Apa lagi yang bisa aku lakukan. Ini aja pekerjaan yang pandai aku kerjakan...”“Habis aku dengar sekarang kamu lagi ke sana ke mari tanpa tujuan?”“Iya bang! Kan aku ini Simatupang. Aku sentiasa menunggu panggilan daripada pelanggan.”

“Apa ada pelanggan yang datang kunjungi Pulau Lombok sejak Pak Kobid melanda dunia?” tanya Belalang.

“Ngak ada bang! Aku menanti pesawat yang tidak kunjung tiba bang...Nol (kosong) bang...”“Habis gitu gi mana Fan? ”“Iya tidak lama aku lagi bisa tukar nama aku bang. Bukan lagi Irfan Simatupang...tapi Irfan Simatipang!”“Mana mungkin gitu Fan. Apa bisa suka-suka tukar nama di Indonesia? ”Dia jawab: “Bang, kan nama aku Simatupang. Itu singkatan kepada Siang Malam Tunggu Panggilan. Jika dipendekkan jadi Simatupang gitu. Jadi sekarang sudah tidak ada panggilan pelanggan lagi, maka bisa saja nama aku ditukar kepada Siang Malam Tiada Panggilan. Ringkasnya Simatipang gitu!”“Aduh! Irfan rupanya selama ini, Simatupang itu adalah singkatan kepada Siang Malam Tunggu Panggi-lan. Ingatkan itu nama keluarga kamu....,” jawab Belalang.

* Belalang - Memang benar kata pepatah: Lain Padang Lain Belalang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!