Anwar jumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM esok

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Ketua Pembangkang itu berkata, pertemuan dengan Datuk Seri Azam Baki akan diadakan di Ibu Pejabat SPRM 3 petang.

“Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

“Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, Insya-Allah,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Menurut Anwar, pihaknya akan memberi ruang yang baik dan positif kepada SPRM untuk mendengar isu yang akan dibawa dan ulas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kebimbangan rasuah dalam kalangan pemimpin politik sehingga berlaku lompat parti termasuk dari PKR. Malah turut mendakwa lima Ahli Parlimen PH diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar jumpa SPRM Isnin ini

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!