Tunku Azizah terseliuh kaki ketika main golf
SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan di kaki ketika bermain golf pada pagi Ahad.
Seri Paduka Baginda berkongsi mengenai insiden itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan.
“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lubang sprinkler dan saya jatuh terseliuh kaki kiri..... Alhamdulillah hanya bengkak.
“Hari Selasa saya akan buat MRI (Pengimejan Resonans Magnetik). Terima kasih kerana ramai yang mendoakan, nak sangat jadi golf champion!.
“Syukur pergelangan kaki tak patah,hanya sakit bisa je,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat 48,686 tanda suka dengan lebih 2,000 komen yang mendoakan Tunku Azizah segera sembuh agar dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Nahas KM204: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
28 Disember 2024 10:05pmPolis cekup suspek pecah rumah
28 Disember 2024 08:57pmLapan cedera nahas treler, MPV
28 Disember 2024 08:09pmJBPM keluar 9,510 notis penghapusan bahaya kebakaran tahun ini
28 Disember 2024 07:40pmKakak bunuh adik berumur 3 tahun, mayat ditemui di tempat buang sampah
28 Disember 2024 07:10amRemaja lelaki tipu scammer, berjaya dapat semula duit bapa
28 Disember 2024 07:40am'Seperti yang dijangka' - Dr Akmal
28 Disember 2024 04:22pm'Arahan saya tangkap semua' - Ketua Polis KL
28 Disember 2024 01:29pm