Rampas arak, dadah dan rokok lebih RM1.9 juta
SUBANG JAYA - Briged Tengah Pasukan Gerakan Am(PGA) merampas arak, dadah dan rokok di tiga lokasi berasingan di Selangor dan Johor dengan nilai rampasan lebih RM1.9 juta dalam serbuan pada Isnin.
Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komissioner Muhammad Abdul Halim berkata, tiga serbuan yang dijalankan itu sekali gus berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran arak, rokok tanpa cukai dan dadah di sekitar Lembah Klang, Muar dan Johor Bahru.
"Nilai keseluruhan rampasan dari tiga tangkapan berjumlah RM1,958,761.
"Keseluruhan tangkapan seramai tujuh individu melibatkan lima individu warga tempatan dan dua warga asing," katanya dalam sidang akhbar di salah satu lokasi serbuan di Putra Heights, Subang Jaya di sini pada Isnin.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!