Dua anggota bomba parah kemalangan
TUMPAT - Dua anggota bomba cedera parah selepas motosikal yang ditunggang bertembung lori ais di Kampung Bunohan, hari ini.
Mangsa Mohd Zul Izzi Azmi, 28, dan Mohd Badrulhisham Zakaria, 42, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, kedua anggota bomba itu menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk latihan renang Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selepas tamat waktu kerja.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Semail berkata, anggotanya itu baru selesai menjalani kerja dan terus begegas untuk sesi latihan tersebut.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka terlibat kemalangan dengan lori ais yang mahu menghantar ais ke kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan," katanya.
Menurutnya, kedua anggotanya mengalami kecederaan parah manakala Mohd Zul Izzi ada pendarahan di kepala di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
"Kedua-dua mangsa sedar dan keadaan mereka stabil," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!