Bekas pemain MU kini pekerja tapak bangunan

 Siapa sangka bekas pemain Manchester United, Lee Roche kini bergelar seorang tukang paip terlatih di tapak pembinaan.
Siapa sangka bekas pemain Manchester United, Lee Roche kini bergelar seorang tukang paip terlatih di tapak pembinaan.
A
A
A

LONDON- Siapa sangka bekas pemain Manchester United, Lee Roche kini bergelar seorang tukang paip terlatih di tapak pembinaan.

Lee Roche pernah tampil di pentas tertinggi Liga Juara-Juara dengan menyarung jersi Manchester United ketika tewas 0-2 kepada Deportivo La Coruna pada 18 Mac 2003.

Lima tahun kemudian, dia meninggalkan dunia bola sepak dan kini bekerja di tapak bangunan dan juga seorang tukang paip yang terlatih.

"Beberapa pekerja di tapak pembinaan pernah bertanya saya bagaimana saya akhirnya berada di sini. Penat untuk saya menjawabnya, jadi saya tidak mahu bercakap pernah beraksi dengan United.

"Saya rasa barisan pemain muda kini perlu dilatih kepada perkara lain supaya mereka tahu mengenai dunia sebenar," katanya.

Selain beraksi bersama Manchester United, Roche juga pernah beraksi untuk Wrexham, Burnley dan Droylsden.

Kali terakhir Roche beraksi untuk United adalah di Liga Juara-Juara bertemu Deportivo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!