'KPN bakal lalui jalan tidak mudah'
SHAH ALAM - Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kewujudan ‘kartel’ dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan satu perkara baharu dan tidak juga mengejutkan.
Ketua Pejuang Muda, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin bagaimanapun berkata, keberanian Abdul Hamid perlu dipuji dan disokong sepenuhnya.
Beliau juga menjangkakan bahawa usaha KPN membersihkan salah laku dalam PDRM untuk tidak membenarkan budaya ‘The Blue Code of Silent’ dari terus subur dalam PDRM juga tidak mudah.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tidak mahu budaya 'The Blue Code Of Silent' dalam PDRM'
"Oleh itu, sokongan ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia untuk KPN meneruskan usaha beliau itu diperlukan supaya watak seperti Abdul Hamid tidak disingkirkan atau diketepikan sewenang-wenangnya apabila bangun bersuara.
"Kami, Pejuang Muda Malaysia ingin mengucapkan syabas kepada beliau atas keberanian dan berdoa kepada ALLAH SWT agar dimudahkan usaha murni yang dicita-citakan serta diberikan perlindungan dalam usaha mengembalikan maruah PDRM yang dicemarkan oleh sebilangan kecil anggotanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian pada 18 Mac lalu melaporkan pendedahan Abdul Hamid bahawa wujudnya gerakan dalaman dalam kalangan pegawai polis muda yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.
Gerakan tersebut juga katanya merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'
Kartel cuba singkir KPN dapatkan bantuan pihak luar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!