Tiada anggota polis Kelantan enggan terima vaksin Covid-19

Shafien Mamat - Foto Bernama
Shafien Mamat - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Semua anggota polis di Kelantan bersetuju untuk menerima vaksin Covid-19 sekali gus menafikan dakwaan ada segelintir dalam kalangan mereka yang enggan disuntik vaksin sebagaimana yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada peringkat awal terdapat sedikit salah faham mengenai program suntikan melibatkan anggotanya, bagaimanapun selepas diberikan penerangan kesemua anggota bersetuju untuk menerima vaksin.

Beliau berkata, bagi fasa pertama, kesemua 1,712 anggota dari kontinjen Kelantan telah menerima vaksin.

"Kita tidak mahu ada dalam kalangan anggota polis terpengaruh dengan kumpulan antivaksin sedangkan mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Shafien berkata, anggota yang mengandung, mempunyai penyakit seperti asma atau penyakit kronik lain diberi pengecualian daripada menerima vaksin itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ada warga PDRM enggan disuntik vaksin

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!