Kerja penstabilan U beam selesai
KUALA LUMPUR - Kerja penstabilan U beam selesai dijalankan di lokasi tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras pada Selasa.
Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba I Khairul Azuwan Ibrahim berkata, ketika ini kerja menurunkan dua buah winch sedang dijalankan.
"Kerja-kerja ini dijangka akan mengambil masa selama tiga jam.
"Proses mengeluarkan mangsa akan dijalankan setelah kerja menurunkan dua buah winch ini selesai," katanya di sini sebentar tadi.
Pada Isnin, tiga individu maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kejadian struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!