Peningkatan penganjuran kejohanan pacu industri e-sukan

Reezal Merican menyempurnakan pelancaran Malaysia Esport 2021 di Putrajaya pada Selasa. Hadir sama Aiman Haq (kiri), Pengarah Eksekutif MyEG Services Berhad, Prof Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MyEvent International Sdn Bhd, Hema Kendy (kanan).
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Reezal Merican menyempurnakan pelancaran Malaysia Esport 2021 di Putrajaya pada Selasa. Hadir sama Aiman Haq (kiri), Pengarah Eksekutif MyEG Services Berhad, Prof Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MyEvent International Sdn Bhd, Hema Kendy (kanan). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PENINGKATAN dalam penganjuran kejohanan sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia dapat mengasah bakat dan kemahiran pemain baharu, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya, penganjuran kejohanan e-sukan yang giat dijalankan juga mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan e-sukan di rantau ini.

Beliau berkata, e-sukan telah menjadi fenomena global seiring dengan kemajuan teknologi dan komunikasi terkini, selain menjadi satu-satunya sukan yang tidak terjejas dengan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lepas.

“Industri ini bakal berkembang dengan lebih pesat dengan permintaan dan jumlah pemain di Malaysia telah direkodkan seramai 20.1 juta, yang membelanjakan hampir AS$673 juta dalam permainan e-sukan pada 2019. Malaysia mendapat tempat ke-21 di peringkat global dalam pasaran industri pada tahun itu.

“Industri ini dijangka meningkat sebanyak AS$1.6 billion pada 2023. Pasaran e-sukan ini sememangnya satu industri progresif dan menjadi persaingan yang sihat dan kuat di pasaran global,” katanya ketika pelancaran Kejohanan Siri Esukan Malaysia (MES) 2021 di Putrajaya pada Selasa.

Reezal Merican berkata, berikutan golongan belia merupakan penerima manfaat utama kejohanan e-sukan tempatan, KBS mahu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk membangunkan dan mengembangkan ekosistem e-sukan ke arah yang lebih positif dan inklusif.

Sementara itu, pengasas dan pemilik THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin selaku penganjur bersama MES, berkata, e-sukan sedang berkembang dengan pantas menjadi industri memberikan pulangan lumayan bagi penggiat yang terlibat.

“Sebagai rujukan atlet e-sukan dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Ninja mampu meraih pendapatan sebanyak AS$20 juta setahun bersamaan dengan hampir RM83 juta, manakala atlet tempatan juga tidak kurang hebatnya apabila pendapatan Soloz mencecah AS$1.1juta (RM4.53 juta),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya menerima penyertaan lebih 2,000 pemain untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Kejohanan dianjurkan bersama oleh Kelab Esports THQ dan My Events International menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM20,000 untuk permainan FIFA2021 serta RM40,000 masing-masing bagi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!