Umur 70 tahun ke atas usah bertanding?

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

AWANG tertarik dengan cadangan seorang Exco Perak, Khairul Shahril Mohamed agar mereka yang berusia 70 tahun ke atas usah bertanding.

Cadangan itu ekoran kenyataan Majlis Belia Negeri Perak sebelum itu yang menyarankan agar parti-parti politik letakkan lebih ramai orang muda bertanding dalam PRU15.

Lagipun Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi alasan Parlimen tak boleh bersidang masa ini 'mengambil kira faktor keselamatan ahli Parlimen yang berusia'.

Pada hari tersiarnya berita Khairul Shahril itu, Sinar Harian senaraikan ahli Parlimen yang berusia 70 tahun ke atas. Rupa-rupanya terdapat 17 orang kesemuanya.

Antaranya Tun mantan Perdana Menteri (96 tahun), Ku Li (84), Lim Kit Siang (80), Tuk Seri Anwar (74), Tuk Seri Hadi Awang (74) dan Tan Sri Perdana Menteri (73). Orang lantang Perak, Tuk Seri Tajuddin Rahman pun dah 73. Oleh sebab itu, dia panggil Ahli Parlimen Muar, “budak”.

Bayangkan apa jadinya jika cadangan ini dilaksanakan. Hilanglah semua ‘taiko-taiko’ dari permukaan politik kita.

Yang akan pimpin negara ialah mereka dalam usia 60 tahun dan ke bawah.

Dari satu segi memang patut kita ‘remajakan’ politik tanah air. Macam kata Khairul Shahril, bagilah peluang orang muda.

Artikel Berkaitan:

Ada yang kata politik jadi haru-biru oleh sebab mereka yang dominasi politik semasa ialah mereka yang sama mendominasi politik 20 atau 30 tahun yang lalu.

Kata orang, eloklah kita mulakan budaya politik baharu. Nak harap yang lama tukar budaya politik, nampaknya tak akan berlaku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!