Gempa bumi berskala 5.5 gegar tengah Mongolia
ULAN BATOR - Gempa bumi bermagnitud kira-kira 5.5 pada skala Richter melanda wilayah tengah Govisumber Mongolia pada Selasa malam, lapor Xinhua menurut media tempatan, memetik Institut Astronomi dan Geofizik negara itu.
Gempa berlaku kira-kira 16 kilometer (km) timur laut Bayantal Soum (subdivisi pentadbiran) wilayah itu sekitar 10.47 malam waktu tempatan (1447 GMT), kata institut itu dalam satu kenyataan.
Gegaran kuat turut dirasai di beberapa daerah termasuk di ibu kota Ulan Bator dan utara wilayah Darkhan, selatan Dundgovi dan timur Khentii. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!