Helikopter terhempas: BSKU lakukan siasatan lanjut

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan melakukan siasatan lanjut berhubung insiden helikopter terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Kementerian itu dalam kenyataannya pada Rabu berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu kemalangan membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3 di lokasi berkenaan jam 9.25 pagi," katanya.

MOT berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada jam 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves dengan seorang juruterbang dan empat penumpang.

"Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas, dua cedera

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!