Lukisan kanvas terbesar di dunia terjual RM256 juta
DUBAI - Sebuah lukisan kanvas berkeluasan 17.176 kaki persegi iaitu keluasan enam gelanggang tenis dijual dengan harga AS$62 juta (kira-kira RM256 juta) di sebuah acara lelongan di sebuah hotel di Dubai.
Menerusi laporan Daily Mail, pemilik lukisan, artis Sacha Jafri menampilkan keunikan pada lukisan ini apabila dibahagikan 70 lukisan sebelum dicantumkan menjadi sebuah lukisan kanvas gergasi.
Warganegara Perancis, Andre Abdoune telah membeli kesemua 70 bahagian lukisan dengan harga AS$62 juta (kira-kira RM256 juta) pada Selasa di sebuah hotel terkemuka di Dubai.
Penganjur dalam satu kenyataan menyatakan, karya itu dijual dua kali ganda dari harga asal dan hasil kutipan wang berkenaan akan disalurkan kepada badan amal untuk membantu kanak-kanak.
Karya diberi nama 'Perjalanan Kemanusiaan' turut tercatat dalam Guinness World Records (GWR) sebagai kanvas seni terbesar di dunia.
"Saya berasal dari keluarga miskin dan saya memahami bagaimana rasanya tidak dapat makan, tetapi sekurang-kurangnya saya memiliki kasih sayang dari ibu bapa dan sokongan rakan-rakan.
"Lukisan itu mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap bahagian lukisan ini tidak boleh dipisahkan kerana ia akan 'hilang' seninya. Maka ia perlu bercantum antara satu sama lain dan saling bergantung," kata Abdoune.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!