Harap program Madinah Ramadan dapat dilaksanakan: Mohd Amar

MOHD AMAR
MOHD AMAR
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri merancang untuk mengadakan Program Madinah Ramadan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, program tersebut mestilah mengikut spesifikasi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Segala persiapan akan dilakukan dan kita akan menggunakan kaedah sama sebagaimana yang ditetapkan oleh SOP yang dikeluarkan.

“Kita jangka akan ada kenyataan rasmi daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) mengenai perkara ini.

“Jika dibenarkan, maka program Madinah Ramadan akan diteruskan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim di sini, pada Rabu.

Menurutnya, SOP tersebut termasuk jumlah hadirin dan jumlah Jemaah yang telah ditetapkan sebagaimana solat fardu yang lain.

Malah katanya, pihaknya kini masih dalam proses perbincangan mengenai kaedah pelaksanaannya dan percaya ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.

“Kena kena tengok kaedahnya macam mana terlebih dahulu dan setakat ini kaedah pelaksanaannya belum diputuskan.

Artikel Berkaitan:

“Apapun, kita perlu membuat persiapan kerana tempohnya singkat dan kita kini sudah semakin hampir dengan bulan puasa," katanya.

Madinah Ramadan merupakan salah satu program melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa dan sahur, selain penyampaian sumbangan fakir miskin, tazkirah serta bicara keilmuan dan sebagainya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!