Bekalan kedua Sinovac sumbangan China tiba di Filipina

Bekalan kedua vaksin Sinovac disumbangkan China tiba di Filipina pada Rabu.
Bekalan kedua vaksin Sinovac disumbangkan China tiba di Filipina pada Rabu.
A
A
A

MANILA - Bekalan kedua vaksin Sinovac disumbangkan China tiba di Filipina pada Rabu, lapor Xinhua.

Majlis penyerahan vaksin itu disempurnakan Duta China ke Filipina Huang Xilian.

Setiausaha Kesihatan Francisco Duque berkata Filipina "bersyukur dengan ketibaan vaksin tambahan."

"Ketibaan vaksin ini tepat pada waktunya dan dapat membantu lebih ramai individu berisiko diberikan vaksin secepat mungkin ketika peningkatan berterusan kes jangkitan,” kata Duque.

Ketua vaksin Carlito Galvez pula menyifatkan ketibaan vaksin CoronaVac tambahan itu bukti bahawa ketika ini semua negara bekerjasama untuk mengatasi segala halangan di masa depan."

"Kerajaan Filipina akan terus memperkukuh kerjasama dengan China untuk mengakhiri pandemik ini," tambah Galvez.

Beijing menyerahkan kumpulan pertama vaksin Sinovac pada 28 Februari. China negara pertama menyumbang vaksin Covid-19 kepada Filipina membolehkan negara Asia Tenggara itu memulakan program vaksinasinya.

Filipina kini mencatatkan 677,653 kes termasuk 12,992 kematian.

Artikel Berkaitan:

Selain Sinovac, Filipina turut meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer, AstraZeneca, dan Sputnik V.

Kerajaan menyasarkan menyuntik hingga 70 juta orang tahun ini, bermula dengan pekerja kesihatan, warga emas, dan penduduk miskin. Filipina mempunyai kira-kira 110 juta penduduk. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!