Sekolah ditutup selepas 11 guru, seorang murid positif Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah sekolah di Ketereh terpaksa ditutup selepas 11 guru dan seorang murid dipercayai positif Covid-19.

Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut.

Kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.

Sekolah ditutup selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!