7,277 calon duduki peperiksaan STAM bermula 29 Mac

Seramai 7,277 calon akan menduduki peperiksaan bertulis STAM tahun 2020 bermula dari 29 Mac hingga 7 April ini di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Seramai 7,277 calon akan menduduki peperiksaan bertulis STAM tahun 2020 bermula dari 29 Mac hingga 7 April ini di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 7,277 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 bermula dari 29 Mac hingga 7 April ini di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa, seramai 1,144 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

"Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung," katanya.

KPM berkata, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal LP di http://lp.moe.gov.my. dan calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 ke pusat peperiksaan.

LP juga mengingatkan calon untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!