Aksi JDT catat purata 1 juta tontonan

Antara aksi menarik pertemuan Perak menentang JDT di Ipoh baru-baru ini. - FOTO: JOHOR Southern Tigers
Antara aksi menarik pertemuan Perak menentang JDT di Ipoh baru-baru ini. - FOTO: JOHOR Southern Tigers
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan kelab tersebut mempunyai daya tarikan tersendiri di negara ini apabila merekodkan purata jumlah tontonan melebihi 1 juta setiap perlawanan liga musim ini.

"Ini terbukti apabila hanya siaran langsung perlawanan melibatkan JDT mencatatkan purata 1 juta tontonan menerusi laman YouTube unifi. Jumlah ini tidak termasuk angka penonton di saluran unifiTV dan RTM.

"Berdasarkan rekod, jumlah tontonan perlawanan JDT dan Kedah Darul Aman FC adalah sebanyak 666,000 manakala JDT dan Penang FC mencatat jumlah 1.1 juta tontonan.

"Perlawanan menentang UiTM FC ditonton lebih 668,000 dan dua perlawanan terakhir bertemu Selangor dan Perak masing-masing mencatat jumlah 1.5 juta dan 1.3 juta tontonan. Luaskan Kuasamu Johor," kata kenyataan dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.

Dalam masa sama, kenyataan tersebut turut menyebut bahawa jumlah tontonan tersebut memberikan pulangan kepada penaja yang telah menaja kelab Harimau Selatan itu.

"Kekuatan jenama JDT berjaya menarik minat para penaja untuk membuat pelaburan. Selain itu, para penaja juga sedar bahawa jenama mereka dapat dipaparkan kepada ramai penonton dan penyokong hasil kerjasama dengan JDT," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!