Pelajar sekolah tinggi Florida kenang insiden tembakan 14 Februari
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Setahun telah berlalu sejak insiden tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Parkland, Florida yang meragut 17 nyawa.
Bagi mengenang tragedi 14 Februari di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas itu, pelajar dan ibu bapa mangsa yang terkorban mengadakan upacara memperingati mangsa selain mendesak tindakan memperketat undang-undang senjata api.
Sekolah berkenaan turut ditutup untuk sehari dan diganti dengan sesi kaunseling.
Segelintir pelajar yang hadir ke sekolah pula memberi penghormatan di taman khas yang dibina bagi memperingati mangsa.
Insiden berdarah itu menyaksikan seorang pelajar melepaskan tembakan rambang yang mengorbankan 14 pelajar dan tiga kaki tangan sekolah terbabit.
Sementara itu, ibu bapa mangsa pelajar yang terbunuh turut menzahirkan kesedihan di laman Twitter.
Antaranya, Andrew Pollack yang kehilangan anak perempuannya, Meadow berusia 18 tahun dalam insiden tersebut.
"Hidup tidak akan pernah sama tanpa kamu, dan sakitnya masih sama seperti hari pertama kehilangan kami," tulisnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!