Madrasah STC masih perlu RM150,000

Pusat tahsin ini sudah menelan belanja sebanyak RM200,000 sejak dibina Ogos tahun lalu.
Pusat tahsin ini sudah menelan belanja sebanyak RM200,000 sejak dibina Ogos tahun lalu.
A
A
A

KUALA NERUS - Madrasah STC - Pusat Tahsin Bukit Tunggal di Seberang Tuan Chik di sini, mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan pembinaan pusat tahfiz tersebut.

Pengasasnya, Abdul Manan Mohd Derus berkata, sekiranya pembinaan bangunan itu berjaya, ia dapat memastikan hasrat pihaknya untuk menyuburkan lagi syiar Islam di negeri ini tercapai.

Menurutnya, ketika ini madrasah juga pusat tahsin tersebut sudah menelan belanja sebanyak RM200 ribu sejak mula dibina pada Ogos tahun lalu dengan hasil sumbangan orang ramai.

"Bagaimanapun, kami masih memerlukan sokongan padu dari semua pihak dalam merealisasikan perjuangan meningkatkan syiar Islam.

"Kini, kami sedang membina bangunan tiga tingkat yang mempunyai kemudahan asrama, surau, bilik guru, pejabat dan sebuah dewan serbaguna.

Abdul Manan (kiri) menerima kunjungan ahli Kelab Warga Emas Bukit Tunggal.
Abdul Manan (kiri) menerima kunjungan ahli Kelab Warga Emas Bukit Tunggal.

“Dana sedia ada masih tidak mencukupi dan memerlukan sumbangan orang ramai dengan kos pembinaan kira-kira RM150 ribu," katanya, hari ini.

Abdul Manan merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz Padang Midin yang telah menyambung pengajiannya di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Kubu, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Pengasas Pusat Tahsin Bukit Tunggal itu kini bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga merupakan Imam Masjid Bukit Kandis.

Menurut Abdul Manan, hasratnya untuk memanfaatkan ilmu dan pengalamannya dengan memberi peluang kepada anak anak dan masyarakat kampung itu mempelajari al Quran dan ilmu agama dengan kaedah pengajian moden.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan mereka boleh menghubungi talian 01113644655 atau menerusi akaun Bank Islam bernombor 13-062-01-002181-8 atas nama Abdul Manan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!