Kira-kira 20,000 penduduk terkandas akibat banjir di Australia

Hujan lebat di sepanjang pantai timur Australia pada hujung minggu telah membawa banjir terburuk dalam setengah abad di beberapa kawasan. - Foto Reuters
Hujan lebat di sepanjang pantai timur Australia pada hujung minggu telah membawa banjir terburuk dalam setengah abad di beberapa kawasan. - Foto Reuters
A
A
A

SYDNEY - Kira-kira 20,000 penduduk terkandas akibat banjir besar melanda timur Australia pada Khamis, dengan paras air belum surut di beberapa kawasan walaupun hujan sudah berhenti, lapor Xinhua.

“Perubahan cuaca menyebabkan bahagian timur Australia dilanda hujan lebat," kata Biro Meteorologi dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri New South Wales (NSW) Gladys Berejiklian berkata, tiada hujan diramalkan minggu depan dan diharapkan banjir akan beransur-ansur surut.

"Arus sungai sangat deras dan paras air mencecah paras tertinggi dan pihak berkuasa berusaha untuk memastikan keselamatan setiap penduduk," katanya.

Penduduk diminta bersabar terutama kepada mereka yang masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.

Setakat ini hanya 3,000 penduduk sudah dibenarkan pulang dan puluhan ribu lagi masih berada di pusat pemindahan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!